Page 126 - CAHAYA SUCI
P. 126

Serentak  dengan  itu  juga  rasa  sebak  lalu  berombak  melambung

                   jiwanya. Pahit terkenangkan kisah pilu yang telah menghiris kalbunya.


                   Tanpa disedari perlahan-lahan air mata Aina jatuh menitis membasahi


                   pipinya yang halus itu.




                          “Kenapa  kakak  boleh  berpisah  dengan suami  kakak.  Saya minta

                   maaf kak kalau ….” Sofia tidak dapat meneruskan kata-kata.




                          “Tak  apa,  Sofia!”  dia  cepat  menyampuk  sambil  menggeleng-


                   gelengkan kepala dan mengesat air mata yang membasahi pipinya.




                          “Bagi  akak  tak  salah  Sofia  nak  tahu.  Tambahan  pulak  kita  dah

                   macam  adik-beradik,”  ujarnya  lagi.  Dengan  rasa  kesedihan  masih  lagi


                   nampak menebal di wajahnya.




                          “Kalau akak dah sayang seseorang itu akak akan sayang dia buat

                   selama-lamanya,” sambung Aina lagi.




                          “Sampai  nyawa  pun  sanggup  diberi?”  Sofia  seperti  tidak  sabar-


                   sabar  lagi  pantas  memotong.  Kerana  begitu  tertarik  dengan  perbualan


                   yang  menyentuh  berkenaan  kesetiaan  cinta  seorang  wanita  terhadap

                   seorang lelaki.





                                                            126
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131