Page 127 - CAHAYA SUCI
P. 127
“Begitulah, Aina!” dia sebaliknya menyambut soalan yang
diajukan oleh Sofia itu dengan anggukkan kepala. Sebagai tanda
bersetuju sekali dengan apa yang dikatakan oleh Sofia itu.
“Tapi dia tidak menghargai kasih dan sayang yang telah akak
curahkan sepenuhnya,” dia berterus terang.
“Tentu dia telah menyakiti hati akak?” teka Sofia yang mengerti
dengan apa yang dimaksudkan oleh kakak angkatnya itu.
“Benar, Sofia …!” dia membalas dengan mengangguka-angguk
lemah.
Rasa kepiluan semakin kuat menyiat-nyiat di jiwanya apabila
mengenangkan kembali musnahnya rumah tangga yang dibinanya atas
dasar cinta sama cinta dengan suami yang dikasihi kerana dihempas
ombak perpisahan.
“Dia tak setia. Setelah sebulan berkahwin dengan kakak dia telah
berlaku curang.” Aina memberitahu perkara yang sebenarnya kepada
Sofia.
127

