Page 141 - CAHAYA SUCI
P. 141

“Apa  yang  Im  merepek  ni?”  Wajah  Jeffri  berkerut  kerana  hairan

                   dengan tiba-tiba saja Rahim berubah sikap.





                          “Ini bukan merepek, bang. Tapi ini adalah kenyataan,” ujarnya.




                          “Kenyataan  apa,  Im?”  Jeffri  cepat  memintas  dengan  rasa  pelik

                   terhadap perubahan yang berlaku dalam diri Rahim masih lagi kelihatan


                   menebal di mukanya.




                          “Remaja  seperti  Im  seharusnya  tidak  melibatkan  diri  dengan

                   perkara  yang  boleh  meruntuhkan  akhlak  dengan  merempit.  Im


                   seharusnya  membuat  perkara  yang  mendatangkan  kebaikan  dan

                   menguntungkan. Bukan sahaja pada diri Im bahkan juga pada keluarga


                   dan masyarakat,” dia menjawab.




                          “Sudah!” potong Jeffri dengan cepat.




                          “Abang  nak  Im  lupakan  semua  tu.  Im  mesti  bersama  dengan

                   kawan-kawan  semula  untuk  merempit.  Apa?  Im  dah  lupa  ke.  Dengan


                   merempitlah  Im  dapat  duit  yang  mewah,”  Jeffri  mengingatkan  Rahim


                   semula.








                                                            141
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146