Page 144 - CAHAYA SUCI
P. 144
“Sekurang-kurangnya kita mesti bantu dia untuk dapatkan
pekerjaan,” dia menyambung.
“Memang tepat sekali dengan apa yang Encik Jonid cakapkan tu.
Saya cadangkan kita ambil saja dia bekerja di syarikat ni. Itu pun kalau
Encik Jonid tak keberatan,” ucap Khairil.
“Bagus jugak cadangan awak tu!” sokong Encik Jonid sambil
mengangguk-anggukkan kepala.
Rasa kesejukan yang dikeluarkan oleh alat penghawa dingin jelas
terasa di seluruh ruang bilik Encik Jonid. Kegembiraan nampak terlukis
di riak wajah Khairil bila Encik Jonid menerima cadangannya untuk
mengambil Rahim bekerja di syarikat ini.
“Kebetulan Rashid penghantar surat syarikat kita akan berhenti
hujung bulan ni. Sebab dia dapat kerja baru. Bolehlah Rahim ganti
tempat dia,” dia bersuara lagi.
144

