Page 145 - CAHAYA SUCI
P. 145

BAB 30




                          Khairil  lalu  menyampaikan  berita  gembira  kepada  Rahim  yang


                   Encik Jonid telah menerima cadangannya untuk mengambil dia bekerja.




                          “Terima  kasih,  bang!”  Itulah  kata  yang  hanya  mampu  diluahkan

                   oleh Rahim.




                          “Kerana  telah  mencadangkan  kepada  Encik  Jonid  untuk


                   mengambil saya bekerja. Walaupun sebagai penghantar surat,” katanya

                   lagi dengan rasa kegembiraan jelas kelihatan di mukanya.




                          “Syukur alhamdulillah, Im!” Khairil sebaliknya membalas.




                          “Dah rezeki Im dapat kerja ni. Tambah pulak ada kekosongan di


                   syarikat tempat abang bekerja tu,” dia menyambung.




                          “Abang  banyak  membantu  Im.  Mula-mula  dengan  menyedarkan

                   Im  agar  tidak  terlibat  dengan  kegiatan  merempit.  Sekarang  tolong  Im


                   pulak  untuk  dapatkan  kerja.  Tak  tahulah  macam  mana  Im  nak  balas


                   budi baik yang abang taburkan pada Im,” celah Rahim.








                                                            145
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150