Page 146 - CAHAYA SUCI
P. 146
“Apa yang abang lakukan semua ini adalah ikhlas semata-mata
untuk menolong Im. Tanpa mengharapkan sebarang balasan. Abang
harap Im akan bekerja dengan penuh kesungguhan dan menjadi pekerja
cemerlang,” dia berharap.
“Insya-Allah, bang!” Rahim pantas mengangguk-anggukkan kepala
apabila mendengar apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Khairil
itu.
“Im akan ingat sentiasa pesan abang,” janjinya pada Khairil.
“Baguslah kalau macam tu!” Khairil menyambut.
“Abang juga berharap selain daripada bekerja Im akan belajar
lagi,” katanya.
“Belajar lagi?” ulang Rahim pula sebaliknya.
“Ya, Im!” dia mengangguk-anggukkan kepala.
“Im masih muda lagi. Ilmu pengetahuan amat penting dalam
hidup ini. Im belajarlah bersungguh-sungguh sampai masuk universiti.
146

