Page 142 - CAHAYA SUCI
P. 142

Namun begitu Rahim tidak mudah terpengaruh dengan apa yang

                   dikatakan oleh Jeffri itu.





                          “Itu dulu, bang. Tapi sekarang tidak!” Dia tetap berkeras dengan

                   menggeleng-gelengkan kepala.




                          “Im!”  sampuk  Jeffri  pula  sebaliknya  dalam  nada  suara  yang


                   berbunyi keras sebagai tanda berasa tidak senang dengan jawapan yang

                   diberikan oleh Rahim itu.




                          “Im dah nekad, bang. Tak akan kembali semula untuk merempit.


                   Im  harap  abang  hormati  keputusan  Im  ini.”  Dia  kemudiannya  pantas

                   bangun  dan  meninggalkan  Jeffri  yang  berasa  amat  kecewa  dan


                   kebingungan  apabila  Rahim  yang  selama  ini  menjadi  ayam  jantan

                   buatnya  bertaruh  dengan  Simon  melalui  pertarungan  lumba  haram


                   motosikal  dengan  Roy  dan  konco-konconya  membuat  keputusan  yang

                   amat  memeranjatkan  dengan  tidak  mahu  lagi  terlibat  dengan  kegiatan


                   merempit.  Yang  selama  ini  mendatangkan  keuntungan  yang  mewah

                   kepadanya  apabila  Rahim  dan  kawan-kawannya  menang  dalam


                   perlumbaan.




                          “Tak apa, Im!” katanya sendirian dengan mengangguk-anggukkan

                   kepala.



                                                            142
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147