Page 160 - CAHAYA SUCI
P. 160

Rahim  sebaliknya  dapat  mengelak  dengan  melepaskan  sepakan

                   yang  kuat  pada  perut  Roy  sehingga  dia  jatuh  tersungkur.  Kemudian


                   Rahim pantas bangun dan membalas pukulan 2 orang kawan Roy yang


                   cuba untuk menyerangnya.




                          “Kali  ni  kau  mampus!”  Roy  lalu  bangun  sambil  menjerit  dan

                   meluru  ke  arah  Rahim  bersama  pisau  yang  sentiasa  melekat  di


                   tangannya untuk menikam Rahim.




                          Tapi  Rahim  dapat  mengelak  tikaman  yang  cuba  dihalakan  oleh

                   Roy itu dan sebaliknya mengenai perut salah seorang daripada kawan-


                   kawannya.




                          “Kau … tikam … aku … Roy ….” Nada suara kawannya tersekat-

                   sekat  dan  lalu  rebah  di  atas  lantai  bersama  lumuran  darah  dan


                   mengerang kesakitan. Dia kemudiannya tidak bergerak lagi.




                          Tak  lama  kemudian  kedengaran  siren  kereta  polis.  Roy  dan

                   kawannya saling berpandangan.





                          “Polis …!” kata kawannya dalam ketakutan.








                                                            160
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165