Page 156 - CAHAYA SUCI
P. 156
“Anugerah ini adalah untuk mengenang jasa yang telah Pak
Rahman taburkan,” jelas Khairil.
“Khairil …!” dia bersuara lembut sambil merenung dalam-dalam
muka Khairil. Macam renungan seorang ayah kepada anak yang
dikasihinya.
“Pak Rahman berjuang selama ini bukan untuk mendapat nama
dan balasan. Tapi cukuplah dengan anak-anak dan cucu-cucu Pak
Rahman dapat hidup bebas dan aman daripada rantai penjajah,”
katanya lagi.
“Benar Pak Rahman!” Khairil menyatakan sokongan dengan apa
yang dikatakan oleh Pak Rahman itu dengan mengangguk-anggukkan
kepala.
“Nikmat kemerdekaan yang dirasai oleh anak-anak dan cucu-cucu
Pak Rahman pada hari ini adalah hasil daripada pengorbanan dan
perjuangan Pak Rahman. Jadi, sememangnyalah Pak Rahman layak
diberikan penghormatan dengan menerima anugerah ini,” ucapnya.
“Terima kasih Khairil kerana bersusah payah memberikan Pak
Rahman anugerah ini,” Pak Rahman membalas.
156

