Page 155 - CAHAYA SUCI
P. 155

“Saya amat bersetuju sekali dengan apa yang awak cakapkan tu.

                   Kita tak mahu nanti bila dia dah tak ada barulah kita nak mengenang


                   jasa  dia.  Sedangkan  semasa  dia  masih  hidup  kita  tidak  menghargai


                   sumbangan yang telah dicurahkannya selama ini. Dalam membebaskan

                   tanah air ini daripada belenggu penjajah,” Encik Jonid menambah.




                          “Jadi, saya minta awak siapkan maklumat dan sumbangan Pelita


                   Bangsa dalam bidang penulisan yang meniupkan semangat perjuangan

                   kemerdekaan  tanah  air  untuk  dihantar  kepada  ahli  jawatankuasa


                   pemilihan anugerah,” arahnya pada Khairil.




                          “Baiklah,  Encik  Jonid!”  angguk  Khairil  pula  sebaliknya  dengan

                   pantas.




                          “Saya akan siapkannya dengan secepat mungkin,” dia berjanji.




                          Khairil  lalu  menyatakan  hasratnya  kepada  Pak  Rahman  untuk


                   mencalonkan        dia     sebagai     penerima      Anugerah       Penulis      Puisi

                   Kemerdekaan.





                          “Pak Rahman tak perlukan anugerah tu!” dia menolak.








                                                            155
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160