Page 157 - CAHAYA SUCI
P. 157
“Berilah anugerah ini kepada pejuang kemerdekaan yang lain yang
lebih layak untuk menerimanya.” Dia tetap dengan pendiriannya untuk
menolak anugerah yang bakal diterimanya sekiranya pencalonannya
dterima oleh ahli jawatankuasa pemilihan.
Sepertimana yang dirancangkan Roy bersama dengan 2 orang
kawannya menaiki motosikal menuju ke Jalan Bahagia untuk
merompak kedai 7-Eleven yang terdapat di situ.
Sebelum ini mereka bertiga sudah membuat tinjauan dan
mendapati tempat yang mereka hendak rompak selamat daripada polis.
Setibanya di kedai tersebut mereka bertiga yang memakai topeng lalu
mengacukan pisau kepada juruwang wanita.
“Serahkan semua wang kalau nak selamat!” arah Roy dengan
keras.
Juruwang wanita lalu terketar-ketar kerana berasa takut dengan
ugutan Roy itu. Sedang juruwang wanita itu hendak menyerahkan
semua wang kepada Roy tiba-tiba Rahim pun masuk ke dalam kedai
untuk membeli barang.
157

