Page 158 - CAHAYA SUCI
P. 158
“Kau jangan nak jadi hero. Aku memang dah lama berdendam
dengan kau. Kali ini kau akan mampu!” Roy bersuara.
Rahim berasa terperanjat kerana perompak yang memakai topeng
itu kenal dia. Tambah pulak suara dan susuk tubuhnya yang biasa
didengar dan dilihatnya. Dia lalu memberanikan diri membuka topeng
yang menutupi muka perompak itu.
“Kau Roy!” dia berkata dengan rasa terkejut.
“Ya, aku!” angguk Roy pula sebaliknya dengan pantas.
“Nah, kau terima ni!” Roy lalu menyerang Rahim dengan pisau
namun dapat dielak olehnya.
“Kau berdua tunggu apalagi. Hapuskan nyawa si bangsat ni!” Roy
mengarahkan dua orang kawannya supaya membunuh Rahim.
Mereka berdua yang turut bersenjatakan pisau mengikut arahan
Roy dengan menyerang Rahim tapi dia dapat mempertahankan dirinya
dengan melepaskan pukulan padu pada badan kedua-dua mereka.
Akibatnya mereka jatuh tertiarap di atas lantai sambil mengerang
kesakitan.
158

