Page 201 - CAHAYA SUCI
P. 201
Pak Rahman berikan dikenang dan dihargai oleh generasi hari ini,” celah
Encik Jonid pula.
“Pak Rahman berasa amat terharu dengan usaha yang dilakukan
oleh Encik Jonid itu. Hanya ucapan terima kasih sajalah yang dapat Pak
Rahman berikan pada Encik Jonid,” luahnya.
“Bagi saya itu sudah menjadi tanggungjawab syarikat saya yang
menerbitkan akhbar Cahaya Suci untuk memastikan masyarakat tidak
melupakan tokoh yang berjasa besar seperti Pak Rahman,” balas Encik
Jonid.
“Saya harap Pak Rahman akan terus menulis puisi yang
bertemakan semangat cintakan tanah air agar dihayati oleh generasi
muda hari ini dan seterusnya menanamkan ke dalam diri mereka akan
rasa kesetiaan dan cintakan negara yang tinggi biarpun mereka
sekarang hidup dalam zaman merdeka,” Khairil menyampuk.
“Walaupun Pak Rahman sudah dimamah usia namun menulis
tetap berakar umbi kuat dalam jiwa Pak Rahman. Pak Rahman akan
terus menulis sehingga ke akhir hayat,” dia berkata.
201

