Page 203 - CAHAYA SUCI
P. 203

Dia  juga  telah  berjaya  mendidik  anaknya  sehingga  berjaya

                   memperolehi  keputusan  yang  cemerlang  dalam  peperiksaan  SPM  dan


                   akan melanjutkan pelajaran ke luar negeri dalam bidang kejuruteraan.


                   Seperti  juga  Rahim  dia  tidak  melupakan  jasa  Aina  orang  yang  telah

                   banyak  membantunya  dan  memberi  semangat  untuk  berjaya  dalam


                   hidup  ini.  Wardiah  pula  telah  berkahwin  dengan  lelaki  pilihan

                   keluarganya  dan  mengikut  suaminya  berpindah  ke  Johor  tempat


                   suaminya  bekerja.  Segala  hutangnya  telah  dapat  diselesaikan  hasil

                   daripada bantuan Persatuan Amal Kasih.




                          Wardiah  turut  membayar  sedikit  demi  sedikit  wang  tabung


                   Persatuan  Amal  Kasih  yang  digunakan  untuk  membayar  hutangnya

                   sehingga  selesai.  Manakala  Shahrul  pula  telah  berjaya  diberkas  oleh


                   polis.




                          Aina akhirnya berkahwin dengan Ismail setelah dinasihatkan oleh

                   Khairil  agar  jangan  menjadi  anak  yang  derhaka  dan  melukakan  hati


                   ibunya  sementara  Khairil  pula  berkahwin  dengan  gadis  pilihan

                   keluarganya.

















                                                            203
   198   199   200   201   202   203