Page 202 - CAHAYA SUCI
P. 202
Sementara itu selain daripada bekerja di syarikat penerbitan
akhbar Cahaya Suci sebagai penghantar surat Rahim juga menyambung
pelajaran.
Berkat usaha gigihnya dia telah berjaya mencapai keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan dan melanjutkan pelajaran di universiti
dalam bidang kaunseling. Rahim sekarang berkhidmat dengan salah
sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya sebagai pegawai kaunseling. Dia
juga aktif berceramah anjuran persatuan belia dalam menjayakan
kempen membanteras gejala rempit dan jenayah di kalangan remaja.
Dia juga akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dengan
gadis pilihannya yang dikenalinya sewaktu sama-sama menuntut di
universiti. Walaupun sudah berjaya dalam hidup namun Rahim tidak
pernah melupakan Khairil orang yang telah banyak berjasa dan
memberi dorongan kepadanya sehingga dia memperolehi kejayaan
seperti yang dinikmatinya pada hari ini.
Dalam pada itu Sofia juga sekarang telah berjaya membuka
perniagaan sendiri setelah menimba pengalaman bekerja di syarikat
milik Datin Ziela.
202

