Page 42 - CAHAYA SUCI
P. 42

Kerana  berasa  marah.  Kalah  kepada  Jeffri  dalam  pertaruhan

                   perlumbaan  haram.  Antara  Rahim  dan  Roy.  Juga  berserta  dengan


                   kawan-kawannya.




                          Jeffri  pantas  menyambut  wang  yang  dihulurkan  oleh  Simon  itu.


                   Kemudian lalu dikiranya. Cukup.




                          “Tengok  ni.  Kita  menang!”  Jeffri  menunjukkan  wang  kepada

                   Rahim dan kawan-kawannya.




                          Lantas kedengaran sorakan gembira Rahim dan kawan-kawannya.


                   Kedengaran bergema memecah suasana malam yang hening.




                          “Aku tetap dendam dengan kau, Rahim. Ingat. Satu hari nanti kau

                   akan tahu. Siapa Roy yang sebenarnya!” Dia memberikan amaran keras


                   pada  Rahim.  Sambil  menudingkan  jari  telunjuk  tangan  kanannya  ke

                   arah muka Rahim.




                          “Sudahlah!”  Rahim  yang  berdiri  berhadapan  dengannya  lalu


                   menjawab.  Sambil  mengangkat  kepala.  Melihat  muka  musuh  ketatnya


                   itu.








                                                             42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47