Page 41 - CAHAYA SUCI
P. 41

Salah  seorang  daripada  mereka  pun  melepaskan  perlumbaan.

                   Suasana malam pantas dipecahkan dengan bunyi bingit enjin motosikal.


                   Pertarungan ini akhirnya dimenangi oleh Rahim dan kawan-kawannya.




                          “Tak apa!” angguk Simon.




                          “Malam ni kau menang lagi. Tapi ingat. Dalam pertarungan yang


                   akan  datang  aku  akan  pastikan  yang  kau  akan  kecundang!”  katanya

                   lagi. Dalam nada suara yang berbunyi keras.




                          Rasa  tidak  puashati  juga  jelas  kelihatan  di  wajahnya.  Namun


                   Jeffri sedikit pun tidak berasa gentar. Apabila melihatnya.




                          “Sudahlah!” Jeffri sebaliknya pantas mencelah.




                          “Kalau  dah kalah tu buatlah  cara dah kalah. Hah!  Aku kan dah

                   menang. Kau tunggu apalagi. Bagilah cepat wang tu!” desaknya lagi.




                          Serta-merta  telinga  Simon  menjadi  panas.  Bila  mendengar  kata-


                   kata yang dikeluarkan oleh seterunya itu.




                          “Nah!” Simon lalu menghulurkan wang pertaruhan kepada Jeffri.

                   Wajah  Jeffri  dipandangnya  seolah-olah  mahu  ditelannya  hidup-hidup.



                                                             41
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46