Page 43 - CAHAYA SUCI
P. 43
“Kau ingat aku takut ke, hah? Hei, lebih baik kau berambus dari
sini!” dia menambah lagi.
Kata-kata yang dikeluarkan oleh Rahim itu lalu disambut dengan
ejekan oleh kawan-kawannya. Terhadap Roy dan kawan-kawannya yang
kalah. Dalam perlumbaan pada malam ini.
Keadaan menjadi semakin panas dan tegang. Darah muda Rahim
dan Roy berserta dengan kawan-kawannya semakin menggelegak.
Macam air yang dimasak. Boleh mencetuskan pergaduhan. Namun
cepat ditenangkan oleh Simon.
“Sudah! Mari kita pergi!” Dia mengajak Roy dan kawan-kawannya
berlalu pergi dari situ.
Roy dan kawan-kawannya menurut saja arahan Simon itu. Lalu
meninggalkan tempat itu dengan rasa marah dan tidak puashati. Akibat
kalah kepada Rahim dan kawan-kawannya.
Sebaik-baik sahaja kelibat Simon, Roy dan kawan-kawannya
hilang daripada pandangan mata Jeffri lalu mengagihkan habuan yang
dijanjikan kepada Rahim dan kawan-kawannya.
43

