Page 45 - CAHAYA SUCI
P. 45
tiupkan semangat rakyat melalui puisi itu. Agar bangkit menentang
penjajah,” dia sebaliknya membalas dengan panjang lebar.
“Pernah tak Pak Rahman ditahan oleh penjajah kerana tulisan
itu?” soal Khairil lagi. Dengan rasa penuh minat. Sambil memandang
Pak Rahman. Yang duduk di atas kerusi. Berhadapan dengannya.
“Itu sudah menjadi lumrah kepada orang yang berjuang untuk
mendapatkan kemerdekaan. Walaupun dianggap penderhaka oleh
pemerintah pada ketika itu. Namun Pak Rahman tak pernah patah
semangat dan berasa gentar. Malahan makin menaikkan semangat Pak
Rahman untuk terus berjuang. Jawapan yang diberikannya pada
pertanyaan Khairil itu.
“Saya dapati banyak puisi-puisi tulisan Pak Rahman mendapat
tempat di akhbar-akhbar Melayu pada ketika itu,” tambah Khairil lagi.
“Jauh sekali di sanubari hati Pak Rahman untuk menjadi
terkenal!” dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Menulis pun tak dapat bayaran. Begitu juga dengan anugerah.
Macam zaman sekarang. Cukuplah dengan sekadar kepuasan apabila
45

