Page 52 - CAHAYA SUCI
P. 52

BAB 14




                          Rahim  pantas  menoleh  ke  belakang.  Apabila  mendengar  bunyi


                   suara orang. Memanggil namanya.




                          “Kau  lagi  …!”  keluhnya.  Bila  melihat  Khairil.  Yang  memanggil

                   namanya.




                          Wajah  Rahim  juga  berkerut.  Sebagai  tanda  bosan.  Sebaik-baik


                   sahaja Khairil mengatur langkah menghampirinya.




                          “Im …,” dia bersuara.




                          “Hei! Apalagi kau nak ni?” Rahim pantas memotong.




                          “Kenapa Im mengisi usia muda Im dengan kegiatan merempit? Im

                   tahu,  kan.  Ia  salah  di  sisi  undang-undang.  Dan  membahayakan


                   keselamatan diri Im. Termasuk pengguna jalan raya yang lain,” nasihat

                   Khairil pula sebaliknya dengan panjang lebar.





                          Serta-merta  Rahim  ketawa  terbahak-bahak.  Apabila  mendengar

                   apa yang dikatakan oleh Khairil itu. Seolah-olah ia adalah satu kelucuan

                   baginya.



                                                             52
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57