Page 49 - CAHAYA SUCI
P. 49

Bersama dengan linangan air mata yang deras membasahi pipinya. Yang

                   putih dan gebu itu.





                          “Adik beritahu tak perkara ni pada Roy?” Aina sebaliknya pantas

                   memotong.  Sebaik-baik  sahaja  mengetahui  masalah  sebenar.  Yang


                   sedang dihadapi oleh Sofia.




                          Sofia  hanya  mendiamkan  diri.  Kemudian  perlahan-lahan  dia

                   menundukkan kepala ke bawah. Semakin banyak airmatanya tumpah.


                   Kesedihan …. Itulah yang sedang kuat mengocak di jiwanya. Amat sukar

                   untuk dia memadamkannya.




                          Kemudian  perlahan-lahan  Sofia  mengangkat  mukanya  semula.


                   Melihat  Aina  yang  duduk  berhadapan  dengannya.  Sambil  kelihatan

                   dengan sabar. Menunggu jawapan. Yang akan diberikan olehnya.




                          Air  mata  Sofia  semakin  mengalir  lebat.  Membasahi  pipinya.


                   Seperti hujan yang turun membasahi bumi.




                          “Saya  benar-benar  kecewa  dengan  Roy  …!”  Sofia  sebaliknya


                   menggeleng lemah.








                                                             49
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54