Page 50 - CAHAYA SUCI
P. 50

“Dia  tak  mahu  bertanggungjawab  dalam  perkara  ni.  Dia  suruh

                   saya gugurkan saja kandungan ni. Tapi saya tak mahu …,” sambungnya


                   lagi.  Dalam  nada  suara  yang  berbunyi  perlahan.  Namun  jelas  dapat


                   didengar oleh Aina.




                          “Kerana dia tak berdosa. Saya benar-benar menyesal, kak. Dengan

                   apa  yang  telah  terjadi  …,”  dia  menambah.  Dalam  nada  suara  yang


                   terputus-putus.  Amat  sukar  bagi  dia.  Untuk  menahan  rasa  pilu  yang

                   kuat mencengkam di jiwanya.




                          “Macam mana pulak dengan ayah dan ibu adik? Mereka tahu ke


                   perkara  ni?”  Aina  mengangkat  kepala  tinggi  sedikit.  Merenung  wajah

                   Sofia. Yang kelihatan sedang dirundung dengan kesedihan.




                          Bila mendengar saja Aina bertanya tentang ayah dan ibunya rasa


                   hiba semakin kuat menendang-nendang di hatinya.




                          “Saya  sebenarnya  anak  yatim  piatu,  kak.  Hidup  sebatang  kara.

                   Pada  siapa  lagi  saya  nak  mengadu  ….”  Dia  terus  menangis  tersesak-


                   esak.




                          Aina benar-benar berasa simpati dengan nasib malang yang telah

                   menimpa gadis remaja ini.



                                                             50
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55