Page 47 - CAHAYA SUCI
P. 47

BAB 13




                          Aina  menerima  panggilan  telefon  daripada  seorang  gadis  remaja.


                   Dia memperkenalkan dirinya sebagai Sofia.




                          Katanya  dia  ingin  memohon  pertolongan  daripada  Aina.  Aina

                   menetapkan  tempat  untuk  mereka  berjumpa  di  Restoran  Kampung


                   Pandan.  Dalam  hati  Aina  tertanya-tanya.  Siapakah  gadis  ini?

                   Pertolongan apakah yang diperlukannya?




                          Seperti  yang  dijanjikan  tepat  pada  pukul  10.00  pagi  Aina  dan


                   gadis  yang  bernama  Sofia  itu  lalu  bertemu  di  Restoran  Kampung

                   Pandan.




                          Setibanya di restoran pelayan pantas menghampiri mereka untuk


                   mengambil  pesanan.  Aina  memesan  minuman  kegemarannya  iaitu  air

                   sirap bandung. Manakala Sofia pula memesan air ‘coke’.




                          “Saya dapat nombor telefon akak daripada pejabat Persatuan Amal


                   Kasih. Saya benar-benar harap sangat akak dapat tolong  saya …,” dia


                   terhenti.








                                                             47
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52