Page 86 - CAHAYA SUCI
P. 86
“Tiga kali ganda? Betul ke ni, bang?” Rahim seakan-akan berasa
tidak percaya. Bila mendengar sejumlah wang yang ditawarkan. Dalam
perlumbaan pada kali ini.
“Pernahkah aku bohong pada kau selama ni?” Jeffri menyoal
semula Rahim.
Jeffri tidak pernah menipu dia dan kawan-kawannya. Apa yang
dijanjikan oleh Jeffri pada dia dan kawan-kawannya pasti akan
dikotakannya.
Selama ini pun dia dan kawan-kawan hidup mewah hasil daripada
wang pertaruhan perlumbaan haram antara Jeffri dengan musuh
ketatnya Simon.
Mendengarkan saja kata-kata Jeffri itu lantas membuatkan dia
bersetuju untuk bertarung dengan musuh ketatnya Roy pada malam
minggu ini. Bila terbayangkan akan mendapat wang yang banyak.
Sekiranya dapat mengalahkan Roy dan kawan-kawannya. Kerisauannya
terhadap bahaya berlumba di Jalan Bangsar lalu hilang.
86

