Page 87 - CAHAYA SUCI
P. 87

BAB 21




                          Khairil  kelihatan  bersedia  dengan  pen  dan  buku  di  tangannya.


                   Untuk  mencatat  jawapan  yang  akan  diberikan  oleh  Pak  Rahman.

                   Terhadap  soalan  berkaitan  dengan  latar  belakang  pendidikan  Pak


                   Rahman.




                          “Pak  Rahman  bersekolah  setakat  sekolah  rendah  saja,”  dia

                   menjawab sambil menarik nafas yang panjang.




                          “Walaupun  mendapat  keputusan  yang  baik  dalam  peperiksaan


                   tapi Pak Rahman tak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat

                   yang lebih tinggi. Maklumlah keluarga Pak Rahman orang yang susah.


                   Adik-beradik  pulak  ramai.  Manalah  dapat  nak  menanggung  belanja

                   persekolahan Pak Rahman waktu tu. Tak macam sekarang. Orang yang


                   susah  dapat  belajar  sampai  ke  universiti.  Sebab  ada  biasiswa,”  dia

                   menambah lagi.




                          “Selepas tamat sekolah apa yang Pak Rahman buat?” tanya Khairil


                   pula sebaliknya dengan pantas.




                          “Pak Rahman pernah bekerja dengan Tuan Kahar. Dia orang kaya

                   di  kampung  ni.  Dia  punya  banyak  dusun  buah-buahan  dan  ladang-



                                                             87
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92