Page 90 - CAHAYA SUCI
P. 90

“Akak  tanggung  makan  minum  Sofia  di  rumah  ni.  Sekurang-

                   kurangnya  bila  Sofia  dah  kerja  nanti  ringanlah  sikit  beban  akak  tu,”


                   ucap Sofia pula sebaliknya.




                          “Tak apalah, Sofia. Sofia duduk ajelah di rumah ni. Tak usahlah


                   difikirkan sangat tentang sewa rumah, makan dan minum. Biarlah akak

                   tanggung semuanya. Hidup ni macam putaran roda. Hari ni Sofia susah


                   akak  tolong.  Entah  esok  lusa  akak  pulak  susah.  Sofia  pulak  tolong

                   akak,” dia membalas.




                          Sofia  lantas  terdiam.  Apabila  mendengar  kata-kata  kakak


                   angkatnya  itu.  Serentak  dengan  itu  juga  airmatanya  mengalir

                   membasahi pipi.




                          Alangkah  bersyukurnya  dia.  Kerana  dapat  menumpang  teduh


                   dengan seorang insan mulia bernama Sofia walaupun wanita itu bukan

                   kakak kandungnya sendiri.




                          Petang. Aina tidak terus pulang ke rumah selepas habis bekerja.


                   Dia sebaliknya berjumpa dengan Khairil. Tempatnya adalah di Restoran


                   Seri Menanti.








                                                             90
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95