Page 88 - CAHAYA SUCI
P. 88
ladang getah. Tapi Pak Rahman tak lama bekerja dengan dia,” terangnya
pada Khairil.
“Kenapa, Pak Rahman?” Khairil bertanya dengan rasa penuh
minat pada Pak Rahman.
“Dia tu penyokong kuat British,” katanya.
“Penyokong kuat British?” ulang Khairil pula sebaliknya.
“Bukan itu saja, Khairil!” dia mengangguk-anggukkan kepala.
Sebaik-baik sahaja mendengar kata-kata Khairil itu.
“Dia juga menjadi tempat orang-orang kampung untuk meminjam
wang bila kesusahan. Bila tak dapat bayar balik hutang dia akan
rampas tanah orang-orang kampung. Pak Rahman tentang dia habis-
habisan. Sebab sanggup tindas bangsa sendiri. Akhirnya dia buang Pak
Rahman kerja. Kalau dia tak berhentikan kerja Pak Rahman tetap nekad
nak berhenti kerja jugak. Kerana Pak Rahman tak mahu bersubahat
dengan dia. Menzalimi orang-orang kampung,” beritahunya dengan
panjang lebar.
88

