Page 89 - CAHAYA SUCI
P. 89
“Selepas berhenti kerja dengan Tuan Kahar Pak Rahman kerja apa
pulak?” soal Khairil. Setelah selesai mencatit apa yang diceritakan oleh
Pak Rahman dalam buku.
“Pak Rahman buat kerja-kerja kampung,” dia membalas.
“Apa seterusnya terjadi pada Tuan Kahar bila British tak lagi
memerintah Tanah Melayu?” Khairil tak henti-henti bertanya.
“Dia tiba-tiba jatuh miskin. Mungkin balasan Tuhan di atas
perbuatannya. Tuan Kahar lalu merana dan jatuh sakit. Akhirnya dia
meninggal dunia,” dia menjawab.
Sofia lalu memberitahu kepada Aina tentang hasratnya untuk
bekerja.
“Dalam keadaan begini mana larat Sofia nak bekerja,” ujar Aina.
“Sofia malulah, kak,” dia bersuara.
“Malu apa pulaknya, Sofia?” celah Aina dengan pantas.
89

