Page 97 - CAHAYA SUCI
P. 97
“Im!” Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat mangsa itu
adalah Rahim.
Tak lama kemudian berhenti sebuah kereta setelah melihat dari
jauh Khairil bersama dengan mangsa kemalangan yang terbaring di tepi
jalan.
“Macam mana boleh berlaku ni, encik?” Tanya pemandunya.
Sebaik-baik sahaja menghampiri Khairil yang kelihatan sedang
menanggalkan topi keledar di kepala Rahim.
“Entahlah!” balas Khairil pula sebaliknya.
“Saya sendiri pun tak tahu. Saya tengok dia dah terbaring di tepi
jalan,” tambahnya lagi.
“Saya ingatkan encik langgar dia,” pemandu kereta itu berkata.
“Awak tolong saya angkat dia masukkan ke dalam kereta saya.
Kita mesti cepat hantar dia ke hospital,” pintanya pada pemandu kereta
itu.
“Baiklah!” angguk pemandu kereta itu dengan pantas.
97

