Page 92 - CAHAYA SUCI
P. 92

“Macam mana kau boleh kenal dia?” tanyanya lagi pada Aina.




                          “Sofia  datang  jumpa  aku.  Hanya  dengan  Persatuan  Amal  Kasih


                   sajalah  tempat  dia  mengadu.  Kau  maklum  ajelah.  Takkan  Roy  nak

                   bertanggungjawab  dalam  perkara  ni.  Seperti  kata  orang  habis  madu


                   sepah pun dibuang,” jelas Aina.




                          “Di mana dia sekarang?” dia tak putus-putus bertanya pada Aina.




                          “Dia  sekarang  tinggal  dengan  aku.  Sementara  menunggu  hari

                   untuk bersalin. Tak ada siapa yang nak menjaganya. Ayah dan ibunya


                   dah meninggal dunia,” Aina membalas.




                          Khairil jadi terdiam seketika. Bila mendengar apa yang diceritakan

                   oleh Aina itu. Rasa simpati dengan nasib malang yang telah menimpa ke


                   atas seorang gadis remaja yang bernama Sofia yang kini menumpang di

                   rumah bekas kekasihnya jelas nampak di wajahnya.




                          “Memang  menarik  kisah  ni.  Baiklah!  Aku  akan  tulis.  Cuma  aku


                   harap kau akan bawa dia jumpa aku. Untuk aku dapatkan maklumat.


                   Macam  mana  dia  boleh  terjebak  dalam  peristiwa  yang  amat

                   menyedihkan ini,” dia bersuara.





                                                             92
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97