Page 98 - CAHAYA SUCI
P. 98

Khairil  dan  pemandu  kereta  itu  lalu  mengangkat  Rahim  dan

                   memasukkannya  ke  dalam  kereta  untuk  dihantar  ke  hospital  dengan


                   segera.




                          Sementara  itu  Roy  dan  kawan-kawannya  bersorak  keriangan.


                   Kerana  dapat  mengalahkan  Rahim  dan  kawan-kawannya.  Dalam

                   pertarungan pada kali ini.




                          “Rahim  mana?”  Jeffri  pantas  menyoal  kawan-kawannya  apabila


                   Rahim tidak sampai di tempat tamat perlumbaan.




                          “Dia dah mati kena langgar kereta!” sampuk Roy pula dengan tiba-

                   tiba.




                          “Mati  kena  langgar  kereta?”  Jeffri  berasa  sungguh  terkejut.  Bila


                   mendengar apa yang dikatakan oleh Roy itu.




                          “Hah,  tunggu  apalagi,  Jeffri.  Hero  kau  dah  mati.  Kita  orang  dah

                   menang.  Bagilah  cepat  wang  pertaruhan!”  desak  Simon  sambil  dengan


                   rasa angkuh dan sombong mengangkat kepala tinggi memandang muka


                   musuh  ketatnya  itu.  Yang  jelas  nampak  berasa  sedih  dan  kecewa.

                   Apabila  mengetahui  berita  kematian  Rahim  dalam  kemalangan  jalan

                   raya sewaktu berlumba tadi yang disampaikan oleh Roy.



                                                             98
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103