Page 101 - JALAN PULANG
P. 101

“Ya, ayah ….!” Maizan menjawab sambil mengangguk perlahan.




                          “Jangan nak berangan la, Maizan. Kau memang tak boleh masuk


                   universiti.  Lembap.  Sejak  dari  sekolah  rendah  lagi.  Buat  malu  aku  aje

                   ada  anak  macam  kau  ni,”  rungut  ayahnya  sambil  memandang  penuh


                   benci.




                          “Sudahlah  tu,  bang.  Bagi  ajelah  dia  duit  untuk  bayar  yuran

                   peperiksaan. Mudah-mudahan kali ni dia lulus,” pujuk ibunya.




                          “Awak  selalu  sebelahkan  dia.  Masuk  ni  dah  empat  kali  ambil


                   peperiksaan. Takkan lulus. Percayalah cakap saya. Lebih baik lupakan

                   sahaja  hasrat  untuk  masuk  universiti.  Dia  ni  layak  jadi  kakitangan


                   bawahan  aje  dan  bukannya  pegawai  tinggi.  Faham  tak?”  Ayahnya  tak

                   henti-henti  merendahkan  dirinya.  Maizan  sebaliknya  hanya  tunduk


                   diam  apabila  mendengar  kata-kata  pedih  yang  dilemparkan  oleh

                   ayahnya itu. Seperti ditikam sembilu rasanya.




                          “Kalau  ayah  tak  nak  bagi  duit  ….  Tak  apalah  ….  Biar  saya  cari


                   sendiri  untuk  bayar  yuran  peperiksaan  ….”  Dia  mengalah  dengan


                   mengeluarkan  nada  suara  yang  lemah  dan  kemudian  bingkas  bangun

                   berlalu pergi dari situ.








                                                             101
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106