Page 104 - JALAN PULANG
P. 104

“Insya-Allah,  cikgu.  Semuanya  ini  pun  adalah  hasil  daripada

                   bimbingan  dan  tunjuk  ajar  daripada  cikgu  jugak.  Saya  berjanji  akan


                   belajar  bersungguh-sungguh  dan  memastikan  cita-cita  saya  untuk


                   masuk  universiti  bukan  sekadar  mimpi  semata-mata,”  ikrar  Maizan

                   pula. Sementara itu Minhat telah dipanggil oleh pensyarah.




                          “Awak tahu kenapa saya nak jumpa awak?” soal Encik Aziz. Nada


                   suaranya  tenggelam  bersama  deruan  alat  penghawa  dingin  yang

                   mengepung  seluruh  bilik.  Kesejukan  jelas  terasa  menyapu  permukaan


                   kulit.




                          “Ada  apa,  Encik  Aziz?”  Minhat  membalas  sambil  kedua-dua  biji

                   matanya  tidak  berkelip-kelip  sedikit  pun  memandang  Encik  Aziz  yang


                   segak  memakai  tali  leher  berwarna  hijau  muda  dan  berkemeja  lengan

                   panjang berwarna merah hati.




                          “Apa  nak  jadi  dengan  awak  ni?  Sekarang  dah  tahun  akhir.


                   Pelajaran  awak  merosot  teruk.  Macam  mana  nak  dapat  ijazah  macam

                   ni?” jelas Encik Aziz pula.





                          “Saya tahu, Encik Aziz …. Saya bukannya tak belajar …. Tapi …,”

                   dia sebaliknya menjawab dengan teragak-agak.








                                                             104
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109