Page 102 - JALAN PULANG
P. 102

“Maizan …! Maizan …! Nanti dulu …!” tahan ibunya. Dia berhenti

                   seketika apabila mendengar suara ibunya itu.





                          “Tak mengapa, mak. Maizan akan cari kerja untuk dapatkan duit

                   bayar  yuran  peperiksaan.  Cuma  satu  sahaja  Maizan  minta  pada  ayah


                   dan  mak.  Doakanlah  agar  Maizan  berjaya  mencapai  keputusan  yang

                   cemerlang  dalam  peperiksaan  itu  nanti,”  katanya  dan  meneruskan


                   langkah  menuju  ke  luar  rumah  membawa  perasaan  yang  hampa.

                   Namun  begitu  dia  tetap  bersabar.  Dia  menganggap  semuanya  sebagai


                   cabaran dan menguatkan semangat untuk mencapai kejayaan.




                          “Abang tengoklah tu. Kecil hati dia. Abang ni memang tidak adil.

                   Kalau  Minhat  minta  semua  dapat.  Tapi  kalau  Maizan  minta  jauh


                   panggang  dari  api  abang  nak  beri,”  tingkah  ibunya  sebaik-baik  sahaja

                   kelibat Maizan hilang daripada pandangan mata.




                          “Sudah.  Awak  jangan  nak  mengajar  saya.  Sebagai  seorang  ayah


                   saya  tahu  apa  yang  nak  buat  pada  anak-anak  saya.  Dah  berapa  kali

                   saya cakap. Tapi awak ni masih tak faham-faham jugak. Minhat tu anak


                   harapan saya. Maizan? Huh ….!” rengus ayahnya dengan panjang lebar


                   dan  bingkas  bangun  dari  kerusi  sofa  yang  berwarna  biru  air  laut  itu.

                   Ibunya hanya diam dan memerhatikan sahaja ayahnya beredar dari situ

                   menuju ke bilik.





                                                             102
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107