Page 103 - JALAN PULANG
P. 103

Jauh  benar  dia  mengelamun.  Hari  ini  tidak  ada  kuliah.  Arshad

                   rakan sebiliknya awal-awal lagi sudah keluar. Katanya ke rumah kakak


                   di  Taman  Keramat.  Dia  terus  melemparkan  pandangan  jauh  ke  arah


                   bangunan-bangunan  batu  sambil  menarik  nafas  yang  panjang.  Entah

                   mengapa.  Dengan  tiba-tiba  sahaja  segala  susah  payah  dan  jerih-perih


                   yang dilaluinya sebelum mencapai puncak menara gading segar bermain

                   di ingatannya.




                          Dia  terpaksa  bekerja  sebagai  pelayan  restoran  milik  Pak  Hassan


                   untuk mendapatkan duit bagi membayar yuran peperiksaan dan kelas

                   tambahan.  Bekerja  dari  pagi  hingga  ke  petang.  Malam  pula  dia


                   menghadiri  kelas  malam.  Kalau  tidak  bekerja  dia  akan  menghabiskan

                   masa dengan membaca buku atau belajar secara kumpulan. Sewaktu di


                   kelas tambahan dia dan rakan-rakan dibimbing oleh Cikgu Firdaus.




                          “Bagus,  Maizan.  Saya  dapati  semua  latihan  yang  diberi  awak

                   dapat  jawab  dengan  baik.  Bahkan  awak  seorang  saja  yang  mendapat


                   markah yang tinggi. Saya harap awak kekalkan prestasi ini. Saya yakin

                   awak  pasti  akan  mendapat  keputusan  yang  cemerlang  dalam


                   peperiksaan  nanti.”  Cikgu  Firdaus  menghamburkan  kata-kata  pujian


                   kepada Maizan.










                                                             103
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108