Page 267 - JALAN PULANG
P. 267

Bila  teringatkan  semua  itu.  Deraian  air  mata  mengalir  laju.  Umpama

                   hujan turun yang mencurah-curah. Membasahi pipinya.





                          Rasa  simpati  lalu  lahir  di  hati  Shukri.  Apabila  melihat  wajah

                   rakan  serumahnya  itu  dibalut  dengan  kepiluan.  Sebaik-baik  sahaja


                   memberitahu mengenai ayahnya.




                          "Aku  berdosa  pada  dia,"  terang  Azam.  Bersama  rasa  sebak  yang

                   semakin kuat menikam-nikam perasaannya.




                          "Apa yang telah kau buat?" ulang Shukri lagi. Sambil mengangkat


                   muka tinggi sedikit memandang muka Azam.




                          "Aku membenci dia …." Dia mengeluarkan bunyi nada suara yang

                   lemah  dan  tak  bermaya.  Perlahan-lahan  tunduk.  Semakin  banyak  air


                   matanya yang tumpah. Sukar untuk dibendung lagi. Tanda penyesalan.

                   Yang  hanya  mampu  digambarkannya.  Kerana  membuatkan  ayahnya


                   derita di atas perbuatannya selama ini.




                          "Kenapa  jadi  sampai  begitu,  Zam?"  tanya  Shukri  tak  henti-henti


                   pada  Azam  yang  nampak  tunduk  sugul.  Rasa  sedih  dan  pilu  semakin

                   kuat menapak di jiwanya yang masih muda itu.








                                                             267
   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272