Page 268 - JALAN PULANG
P. 268

Dengan  tiba-tiba  saja  cuaca  yang  di  luar  tadi  cerah  bertukar

                   menjadi  redup.  Panas  terik  matahari  yang  tadinya  menyinari  seluruh


                   alam tidak lagi kelihatan. Langit sebaliknya bertukar menjadi mendung.


                   Angin  bertiup  lemah.  Seolah-olah  turut  menghulurkan  simpati.  Pada

                   perasaan yang dirasai oleh Azam ketika ini.




                          "Sebab  dia  berkahwin  lagi.  Selepas  emak  aku  meninggal  dunia.


                   Kerana terlalu marahkan dia aku mengambil keputusan keluar daripada

                   rumah," terangnya.




                          Baru  Shukri  mengerti.  Apabila  mendengar  penjelasan  kawan


                   serumahnya  itu.  Yang  tadinya  merunduk  layu.  Kini  bertentang  muka

                   dengannya.




                          "Oh, begitu kisahnya!" Shukri membalas dengan anggukan.




                          "Tak  seharusnya  kau  bersikap  begitu,  Zam.  Walau  apa  pun  dia


                   tetap  ayah  kau.  Sudahlah  tu,  Zam.  Buang  yang  keruh  ambillah  yang

                   jernih.  Pulanglah  temui  ayah  kau.  Selagi  kesempatan  yang  masih  ada


                   ini," nasihat Shukri.




                          Azam  lantas  terdiam  apabila  mendengar  kata-kata  yang  keluar

                   daripada  mulut  kawan  serumahnya  itu.  Benar.  Apa  yang  dicakapkan





                                                             268
   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273