Page 300 - JALAN PULANG
P. 300

"Bagus sekali keputusan bos tu. Itulah yang sebaik-baiknya kita

                   lakukan. Orang macam dia ni buat apa kita simpan. Menyusahkan aje.


                   Lebih baik dia mampus!" Budin menambah.




                          "Tolong …. Tolong, Encik Bakar …. Jangan …. Jangan bunuh saya


                   ….  Tolong  …,"  rayu  Deraman  pula  sebaliknya  dalam  nada  suara  yang

                   terketar-ketar kerana ketakutan.




                          Mendengar sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut Deraman


                   itu  Orang  Kaya  Bakar  lalu  memandang  wajahnya  dengan  rasa  penuh

                   bengis dan geram.




                          "Sudah  terlambat,  Deraman!"  Orang  Kaya  Bakar  menggeleng-


                   gelengkan  kepala  sambil  memandang  muka  Deraman  seperti  mahu

                   menelannya hidup-hidup.




                          "Kau  mesti  mati  jugak  di  tangan  aku.  Bersedialah  untuk


                   mengucapkan  selamat  tinggal!"  Orang  Kaya  Bakar  berkata  sambil

                   mengacukan pistol ke arah Deraman yang nampak menggigil ketakutan.





                          "Polis! Letakkan senjata. Lebih baik awak semua menyerah diri!"

                   Kedengaran  suara  dan  dengan  pantas  Orang  Kaya  Bakar  dan  orang-

                   orangnya dapat diberkas oleh polis.





                                                             300
   295   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305