Page 301 - JALAN PULANG
P. 301

"Pakcik!" Adam bersuara dan lalu menuju ke arah Deraman dan

                   membuka ikatan tali di tangannya.





                          "Adam  …!"  Deraman  hanya  mampu  mengeluarkan  nada  suara

                   yang lemah dan tak bermaya.




                          "Syukur alhamdulillah. Pakcik dah selamat. Mari kita balik!" ajak


                   Adam sambil memapah pakciknya.




                          Sampai  sahaja  di  rumah  ibunya  Deraman  dan  Adam  disambut

                   dengan rasa penuh gembira oleh Mariam.




                          "Macam mana Adam tahu yang pakcik disembunyikan oleh Orang


                   Kaya Bakar?" tanya Deraman.




                          "Hasil  daripada  maklumat  orang  ramai,  pakcik.  Pihak  polis

                   memang dah lama menghendaki Orang Kaya Bakar dan orang-orangnya.


                   Mereka  bukan  sahaja  menjadi  peminjam  wang  secara  haram  malahan

                   juga terlibat dengan kegiatan jenayah seperti rompakan dan peras ugut.


                   Menurut pihak polis lagi mereka juga terlibat dengan kes pembunuhan


                   yang melibatkan peminjam yang gagal menjelaskan hutang," jelas Adam

                   pula dengan panjang lebar.








                                                             301
   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306