Page 303 - JALAN PULANG
P. 303

Dia  kemudiannya  lalu  memandang  isterinya  yang  duduk  di

                   sebelahnya  dan  kelihatan  mengangguk-angguk  diam  sebagai  tanda


                   setuju dengan apa yang bakal diperkatakan oleh suaminya itu.




                          "Tentang hutang tu tak usahlah kau bangkitkan, Adam. Lagipun


                   kau  bukannya  orang  lain.  Anak  saudara  pakcik  jugak,"  Deraman

                   berkata.




                          "Betul kata pakcik tu, Adam. Yang penting sekarang Adam harus


                   berjaya  mendapatkan  ijazah.  Untuk  membela  nasib  keluarga.

                   Sepertimana yang diharapkan oleh arwah ayah dan ibu Adam," sokong


                   Mariam pula.




                          "Pakcik  sebenarnya  terhutang  budi  pada  Adam.  Kerana  telah

                   menyelamatkan  nyawa  pakcik.  Kalau  tak  ….  Entah  apalah  yang  akan


                   terjadi pada pakcik," luah Deraman.




                          "Sudahlah  tu,  pakcik.  Saya  tak  minta  semua  tu  untuk  dihargai.

                   Yang penting pakcik selamat," Adam membalas.





                          "Pakcik dan makcik minta maaf pada Adam dan jugak kau, Tijah.

                   Abang  benar-benar  menyesal.  Dengan  apa  yang  telah  abang  lakukan








                                                             303
   298   299   300   301   302   303   304   305   306   307   308