Page 304 - JALAN PULANG
P. 304

selama  ni  …."  Nada  suara  Deraman  berbunyi  sayu  dan  tanpa  disedari

                   perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi.





                          "Kakak  pun  begitu.  Maafkan  kakak,  Tijah  …,"  Mariam  mencelah

                   sambil turut menitiskan air mata.




                          "Bang,  kak  yang  sudah  tu  sudahlah.  Abang  dan  kakak  tak  ada


                   salah  apa  pun  dengan  saya.  Ikatan  kekeluargaan  kita  tetap  erat.

                   Walaupun Abang Majid dah tak ada lagi," jawab Tijah pula sebaliknya.




                          Apabila  mendengar  sahaja  apa  yang  diperkatakan  oleh  Tijah  itu


                   Deraman lalu tunduk bersama linangan air mata yang terus mencurah-

                   curah seperti hujan.




                          Angin  petang  yang  bertiup  lembut  bersama  bunyi  pohon-pohon


                   bergoyangan dan daun-daun bergeseran bagai merestui penyesalan yang

                   diluahkan oleh Deraman dan Mariam itu.




















                                                             304
   299   300   301   302   303   304   305   306   307   308   309