Page 305 - JALAN PULANG
P. 305

21




                                    SEORANG MAHASISWA BERNAMA NAZIM




                          Nazim.  Seorang  mahasiswa  yang  mengambil  jurusan  undang-


                   undang  di  salah  sebuah  universiti  tempatan.  Dia  telah  terpengaruh

                   dengan  dakyah  parti  pembangkang.  Esok  dia  dan  kawan-kawannya


                   akan  menyertai  demonstrasi  jalanan  anjuran  parti  pembangkang

                   menentang kerajaan.




                          “Jangan  buat  kerja  sia-sia,  Zim.  Kau  kan  masih  belajar  lagi,”


                   nasihat Mohsin rakan yang sejurusan dengannya.




                          “Aku  berjuang  untuk  menegakkan  keadilan!  Menghapuskan

                   penindasan  yang  telah  dilakukan  oleh  kerajaan  terhadap  rakyat!”


                   tegasnya dengan lantang.




                          “Penindasan  apa,  Zim?  Kerajaan  dah  beri  banyak  kesenangan

                   kepada  rakyat  termasuk  kita  sebagai  mahasiswa,”  Mohsin  membalas


                   pula sebaliknya.














                                                             305
   300   301   302   303   304   305   306   307   308   309   310