Page 335 - JALAN PULANG
P. 335
Maka lautan biru yang luas akan bergegar dengan pertempuran.
Antara angkatan perang Negara Naga Sakti dengan Negara Debunga
Wangi. Untuk menentukan siapa yang berhak memiliki Pulau Payung.
Yang kaya dengan hasil masyghul emas.
Wajah Dato’ Laksamana Budiman tetap tenang apabila diberitahu
oleh Panglima Bentara Jantan. Yang angkatan laut perang Negara Naga
Sakti akan melancarkan serangan melalui jet-jet pejuang. Hasil daripada
maklumat yang diterima daripada pasukan pengintip.
Melalui tingkap kaca kapal Dato’ Laksamana Budiman
mendongakkan kepala tinggi sedikit. Sambil memandang laut biru yang
penuh dengan ketegangan seperti yang jelas kelihatan di wajahnya.
“Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Biar putih tulang jangan putih mata. Pantang menyerah sebelum kalah.
Kita tentang mereka habis-habisan. Arahkan pasukan jet pejuang kita
untuk bersiap sedia!” dia berkata dengan penuh rasa bersemangat.
Panglima Bentara Jantan lalu menyambut kata-kata perangsang
dan semangat yang dikeluarkan oleh Dato’ Laksamana Budiman dengan
mengangguk-anggukkan kepala.
335

