Page 340 - JALAN PULANG
P. 340

ke  pangkalan  dan  menyusun  strategi  baru.  Untuk  melancarkan

                   serangan bagi mengalahkan musuh,” cadang Panglima Muda Lintang.





                          Panglima Bentara Betong akhirnya akur dan menerima cadangan

                   Panglima  Muda  Lintang  itu.  Agar  tidak  meneruskan  serangan  ke  atas


                   pasukan jet-jet pejuang dan angkatan laut Negara Debunga Wangi. Dia

                   kemudiannya  mengarahkan  Panglima  Muda  Lintang  bersama  dengan


                   anggota-anggota pasukan jet pejuang supaya kembali semula ke kapal

                   laut yang menjadi pangkalan mereka. Dalam peperangan dengan Negara


                   Debunga Wangi.




                          Sudah      pastinya      ini   bukanlah       satu    berita     yang    amat

                   menggembirakan.  Bila  Panglima  Bentara  Betong  menyampaikannya


                   kepada Dato’ Laksamana Rentaka.




                          “Apa?  Kita  terpaksa  berundur?”  Nada  suara  Dato’  Laksamana

                   Rentaka berbunyi marah. Sebaik-baik sahaja membaca laporan bertulis


                   yang diserahkan oleh Panglima Bentara Betong.




                          “Kita tak ada pilihan, laksamana,” balas Panglima Bentara Betong.




                          “Kenapa  itu  yang  harus  dijadikan  sebagai  jawapan?”  Ternyata

                   Dato’  Laksamana  Rentaka  berasa  tidak  puas  hati.  Dengan  apa  yang





                                                             340
   335   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345