Page 336 - JALAN PULANG
P. 336
“Baik, dato’! Demi agama, bangsa dan negara saya dan pasukan
tentera laut dan udara akan berjuang sehingga ke titisan darah yang
terakhir. Untuk mempertahankan kedaulatan Pulau Payung kepunyaan
negara kita. Walau seinci pun tak akan diserahkan kepada Negara Naga
Sakti!” Demikianlah lafaz ikrar Panglima Bentara Jantan kepada Dato’
Laksamana Budiman.
Wajah Dato’ Laksamana Budiman dipenuhi dengan senyuman
kecil. Kerana berasa gembira dengan semangat berkobar-kobar yang
ditunjukkan oleh pegawainya itu. Memang dalam peperangan semangat
yang membara dan kesediaan untuk berkorban dengan berjuang demi
tanah air tercinta perlu ada di dalam setiap diri anggota tentera. Bagi
memastikan kemenangan yang mutlak dapat dimiliki.
Dalam perkara ini Dato’ Laksamana Budiman berasa amat yakin.
Bahawa kemenangan dalam peperangan dengan Negara Naga Sakti
untuk mempertahankan kedaulatan Pulau Payung sepertimana yang
diucapkan oleh Panglima Bentara Jantan akan tercapai. Dengan adanya
semangat juang yang tinggi dimiliki oleh anggota-anggota tentera laut
dan udara atas nama Negara Debunga Wangi yang dipimpinnya.
336

