Page 338 - JALAN PULANG
P. 338

berlaku  antara  pasukan  jet  pejuang  Negara  Naga  Sakti  yang

                   dipimpinnya. Dengan jet pejuang Negara Debunga Wangi.





                          “Panglima  jet  pejuang  mereka  sukar  untuk  dikalahkan.  Ramai

                   anggota kita yang terkorban.”




                          “Apa? Mereka sukar untuk ditewaskan. Bukankah jet pejuang kita


                   lebih  canggih  daripada  mereka?”  Terkejut  Panglima  Bentara  Betong

                   apabila  mendengar  apa  yang  dilaporkan  oleh  Panglima  Muda  Lintang


                   itu.




                           “Benar,  panglima!  Tapi  mereka  dapat  juga  memusnahkan  jet

                   pejuang  kita.  Walaupun  tidak  secanggih  jet  pejuang  yang  kita  miliki,”


                   jelas Panglima Muda Lintang lagi.




                          “Teruskan  serangan  dan  musnahkan  semua  jet-jet  pejuang  dan

                   kapal  pengangkut  mereka!”  arah  Panglima  Bentara  Betong  kepada


                   Panglima  Muda  Lintang  menerusi  alat  perhubungan  yang  terdapat  di

                   dalam kapal perang angkatan laut Negara Naga Sakti.





                          Namun  begitu  arahan  yang  diberikan  oleh  Panglima  Bentara

                   Betong itu sukar diterima oleh Panglima Muda Lintang.








                                                             338
   333   334   335   336   337   338   339   340   341   342   343