Page 352 - JALAN PULANG
P. 352

kedaulatan  Negara  Debunga  Wangi.  Sehingga  rakyat  menjadi  mangsa

                   kepedihan dan kesengsaraan!” dia menambah lagi dengan panjang lebar.





                          Sekali  lagi  dewan  universiti  bergema  dengan  suara  sorakan  dan

                   tepukan daripada mahasiswa-mahasiswa. Sebagai tanda sokongan padu


                   terhadap permulaan semangat perjuangan. Yang dibakar oleh Bujang.




                          “Sebagai  permulaan  kita  selaku  mahasiswa  di  universiti ini  yang

                   bernaung  atas  nama  persatuan  harus  bangkit  dan  bangun  membela


                   nasib  rakyat.  Yang  menjadi  mangsa  penindasan  akibat  daripada

                   peperangan.  Kita  mesti  desak  Dato’  Bendahara  Jaka  Rabung,  Ketua


                   Pemimpin-pemimpin  Tertinggi  negara  kita  agar  segera  menghentikan

                   peperangan.  Dan  memberikan  sepenuh  perhatian  semula  kepada


                   kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Jika dia gagal berbuat demikian

                   maka  persatuan  kita  akan  berjuang  habis-habisan  seperti  di  medan


                   perang. Bagi membela nasib rakyat di tanah air yang tercinta ini!” laung

                   Bujang  untuk  terus  menyalakan  api  semangat  perjuangan  kepada


                   kawan-kawan. Yang belajar seuniversiti dengannya.




                          Bunyi  tepukan  dan  suara  sorakan  kuat  mahasiswa-mahasiswa


                   terus  bergema.  Menyelubungi  seluruh  ruang  dewan  universiti  itu.

                   Ternyata apa yang diperjuangkan oleh Bujang itu demi membela nasib








                                                             352
   347   348   349   350   351   352   353   354   355   356   357