Page 440 - JALAN PULANG
P. 440

29




                                                   RESOLUSI KERIS




                          “Apa  pandangan  awak  tentang  kertas  kerja  yang  telah


                   dibentangkan tadi?” tanya Encik Talib yang berumur dalam lingkungan

                   lewat  40-an  sambil  membetulkan  cermin  matanya  yang  berbentuk


                   empat segi itu. Beliau merupakan salah seorang daripada peserta yang

                   turut  bersama-samaku  menyertai  seminar  yang  bertajuk  “Senjata-


                   senjata  Melayu  Tradisional”  anjuran  Jabatan  Muzium  dan  Antikuiti

                   Malaysia.




                          “Menarik!” aku menjawab pendek.




                          “Menarik dari segi apa?” soalnya lagi.




                          “Kertas  kerja  yang  telah  dibentangkan  oleh  Profesor  Rahim  dari


                   Unit Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia tadi telah memberikan

                   kesempatan  kepada  saya  untuk  mengenali  dengan  secara  lebih  dekat


                   lagi  tentang  senjata-senjata  warisan  bangsa  Melayu  yang  unggul,”  aku


                   membalas dengan panjang lebar.



                          “Itu saja!” katanya sambil tersenyum sinis.





                                                             440
   435   436   437   438   439   440   441   442   443   444   445