Page 441 - JALAN PULANG
P. 441

“Bagi  saya  itu  adalah  rumusan  yang  dapat  saya  berikan  hasil

                   daripada  seminar  tadi.  Saya  rasa  Encik  Talib  tentu  mempunyai


                   pandangan  yang  bernas.  Sebagai  orang  muda,  saya  ingin  mencapai


                   resolusi  dengan  orang  yang  lebih  berpengalaman  dalam  bidang

                   Kebudayaan.”  Aku  berterus  terang.  Dia  lalu  membetulkan  duduknya


                   dan berkata:

                          “Saya bersetuju sekali dengan kata-kata awak tu, Amir. Generasi


                   muda seperti awak perlu diberikan kesedaran serta kefahaman tentang

                   kekayaan  dan  keunikan  ciptaan  seni  bangsa  Melayu  yang  dijelmakan


                   selama ini dan kekal menjadi identiti budaya yang dibanggakan.”




                          “Menarik sekali pandangan Encik Talib tu. Lagi?”




                          “Ia juga memberi ilham serta menimbulkan minat para karyawan

                   menghasilkan  ciptaan  seni  yang  baru  dan  lebih  bermutu  berasaskan


                   kepada  unsur-unsur  tradisi  yang  sudah  diterima  umum.”  Aku  benar-

                   benar tertarik dengan kata-kata Encik Talib itu. Ini jelas membuktikan


                   bahawa  bangsa  Melayu  mempunyai  identiti  tersendiri  serta  sifat-sifat

                   keperwiraan yang perlu dibanggakan oleh generasi kini dan yang akan


                   datang.




                          “Teori  ini  memang  tidak  dapat  dinafikan  lagi,  Encik  Talib.  Tapi,

                   secara  praktikalnya  masyarakat  Melayu  lebih  mengenali  keris  sebagai





                                                             441
   436   437   438   439   440   441   442   443   444   445   446