Page 443 - JALAN PULANG
P. 443

bentuk  dan  fungsinya  seperti  sekarang  ini  serta  seirama  dengan

                   perkembangan kebudayaan secara keseluruhan.





                          “Saya ada membaca buku yang bertajuk Keris dan Asal-usulnya.

                   Dalam  buku  itu  ada  menyentuh  bahawa  keris  dalam  penggunaannya


                   merangkumi  aspek  kehidupan  yang  amat  luas.  Ia  sudah  dianggap

                   sebagai  gejala  umum  sejagat  di  mana  sesuatu  yang  dianggap  penting


                   selalunya  berhubungan  rapat  dengan  tatacara  kehidupan,  khususnya

                   kehidupan       spiritual    seperti    dapat     menjaga       keselamatan       dan


                   kebahagiaan hidup.”




                          Dia kelihatan mengukir senyuman kecil apabila mendengar kata-

                   kataku itu.




                          “Itulah  kelebihannya  kalau  kita  banyak  membaca.  Awak


                   meletakkan fakta pada landasan yang tepat. Seperkara lagi yang penting

                   apabila kita membicarakan tentang keris ialah ia juga merupakan hasil


                   karya  cipta  seni  masyarakat  Melayu  dari  segi  rupa,  bentuk  serta

                   mempunyai        kelengkapan-kelengkapan            yang     sangat     tinggi.    Ini


                   menjadikan  keris  terdiri  daripada  berbagai  jenis  dan  sesuai  dengan


                   perkembangan seni serantau.”











                                                             443
   438   439   440   441   442   443   444   445   446   447   448